| Forum Home > General Discussion > Kelemahan Pertandingan | ||
|---|---|---|
![]() mimi Member Posts: 1 |
Saya terpanggil untuk menyatakan pertandingan Mr Keamatan 2009 adalah pertandingan yang tidak masuk akal. Sepatutnya pertandingan ini adalah yang berprestij kerana ia melibatkan kebudayaan dan kesenian negeri Sabah itu sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman berkali2 menjadi juri untuk pertandingan Unduk Ngadau, saya merasa perjurian Mr Kaamatan 2009 adalah tidak adil dan berat sebelah. Dari segi pemilihan juri saya merasa teramat terkejut kerana hanya seorang sahaja juri yang boleh dianggap berpengalaman manakala selebihnya langsung tidak ada ketokohan sebagai seorang juri.Antara yang saya maksudkan ialah juri yang pernah memasuki pertandingan Unduk Ngadau yang boleh bersms tanpa mempedulikan peserta2 yang begitu komited memperagakan pakaian mereka. Dan ada juga juri bertepuk tangan bila ada peserta kegemaran mereka sedang beraksi di pentas. Yang paling ketara apabila satu-satunya juri lelaki bertepuk tangan kepada setiap kali peserta mewakili Johor beraksi di pentas. Adakah inin satu konspirasi? Pada hemat saya memang ya jawapanya. Ingin juga saya menarik perhatian khalayak menyatakan bahawa diantara pemenang Mr Keamatan 2009 langsung tidak layak untuk menduduki top 10 kerana berdasarkan pengelaman saya terdapat peserta2 lain yang lebih layak untuk menjadi 10 yang terbaik. Antara peserta yang saya maksudkan tidak layak untuk berada dalam top 10 adalah peserta yang menduduki tempat ke-4 dan amat terkejut peserta yang dinobatkan sebagai naib johan Mr Kaamatan. Oleh kerana pertandingan seumpama ini memberi impak yang besar kepada Ng Sabah, selaku anak peribumi Sabah yang ada harga diri dan jati diri, sangat2 berharap agar Kerajaan Ng Sabah memandang serius akan penganjuran seumpama ini yang boleh menjejaskan imej pertandingan Unduk Ngadau yang selama ini dipandang tinggi oleh masyarakat setempat. Bagi saya pertandingan Mr keamatan haruslah standing dengan pertandingan Unduk Ngadau. Adalah lebih baik pertandingan ini tidak dianjurkan lagi di masa akan datang jika system perjurian dan pengurusan yang tidak professional masih diamalkan. Ini kerana Mr Keamatan bukan sahaja menduduki kerusi pertama tetapi adalah turut bertanggungjawab selama setahun memberikan kerjasama secara tidak langsung mempromosikan kebudayaan kadazan-Dusun- Murut. Layakkah Mr Keamatan sekarang memikul tanggungjawab ini???? Dan memang banyak sekali kelemahan dari aspek pengurusan yang bagi saya hanya setaraf pengurusan seakan-akan pengurusan bagi sukan budak2 tadika sahaja rupanya. | |
| ||