B. Akujanji Peserta Buvazoi Tavantang Peringkat Klang Valley 2009
(1). Saya berjanji akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur pertandingan Mr. Kaamatan @ Buvazoi Tavantang 2009 dengan tertib, berniat murni dan bertanggungjawab.
(2). Bahawa, sekiranya saya terpilih menyandang gelaran Buvazoi Tavantang Klang Valley 2009 dan telah terlibat/melibatkan diri dalam pecah amanah, bankrapsi, dikenakan tindakan mahkamah, kesalahan dikhalayak ramai atau apa sekali pun tingkah laku yang menjejaskan imej saya sebagai penyandang atau menjejaskan imej penganjur Mr. Kaamatan @ Buvazoi Tavantang Klang Valley 2009, maka saya hendaklah mengundur diri sebagai Penyandang gelaran dan menyerahkan kembali hadiah-hadiah yang telah dimenangi.
(3). Saya akan mengambil bahagian dalam aktiviti amal dan kebudayaan bersesuian dengan objektif penganjur yang telah dirancang untuk penyandang Mr. Kaamatan @ Buvazoi Tavantang Klang Valley 2009 dengan penuh tanggungjawab.
(4). Saya bersetuju tidak menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak selama 1 (satu) tahun bermula dari tarikh menyandang gelaran Mr. Kaamatan @ Buvazoi Tavantang Klang Valley 2009.
(5). Saya bersetuju untuk mendapat izin secara bertulis daripada pihak penganjur sebelum terlibat dalam kegiatan pengiklanan produk (product endorsement) atau mana-mana persembahan umum (public appearance) selama 1 (satu) tahun bermula dari tarikh menyandang gelaran.
(6). Saya akan menerima keputusan panel hakim sebagai muktamad
(7). Saya mengaku bahawa semua keterangan dalam dokumen ini adalah benar.
(8). Saya berjanji akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang diadakan oleh pihak penganjur pertandingan,
C. Syarat-syarat pertandingan Mr. Kaamatan @ Buvazoi Tavantang
Peringkat Klang Valley 2009
(1). Peserta haruslah berumur diantara 18-30 tahun, bujang ataupun berkahwin. Mereka yang beragama Muslim juga dibenarkan menyertai.
(2). Peserta mestilah berasal dari
(3). Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.68M (5kaki 6inci), tegap TETAPI bukan ahli bina badan.
(4). Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM25.00 seorang
(5). Pertandingan ini terdiri dari 3 (tiga) pusingan seperti dibawah ;
(6). Pakaian dan kelengkapan peserta semasa menyertai pertandingan ini adalah dibawah tanggungan peserta sendiri.
(7). Penyertaan adalah terhad kepada 15 peserta sahaja dan sekiranya penyertaan melebihi dari yang ditetapkan, saringan awal akan diadakan.
(8). Pemenang 3 (tiga) tempat teratas akan mewakili kawasan yang telah ditetapkan ke peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada penghujung bulan Jun 2009. Kawasan yang ditetapkan adalah seperti dibawah :
(9). Tempat pertandingan akan diadakan seperti dibawah :
(10). Senarai hadiah utama & Sampingan ;
CHAMPION
1ST RUNNER-UP
2ND RUNNER-UP
3RD RUNNER-UP
4TH RUNNER-UP
MR. FAVOURITE / MR. BEST COSTUME / MR. FITNESS
CONSOLATION PRIZES
(11). Sekiranya anda memerlukan keterangan lanjut, sila berhubung dengan ahli jawatankuasa seperti dibawah :
Encik Albert Oliver Vincent : 014-636 8880
Puan Helen Paul : 012-377 2707
Puan Julie Jidwin : 019-370 0521
Encik George Mani : 012-660 5450
Encik Walter C. Misir : 016-585 5226